Muhammad Ammar Bin Mohd Helmy Rizal ketika berumur 2 hari..
Syukur tidak terhingga ke hadrat Illahi, putera sulung kami yang dinanti-nanti telah selamat dilahirkan secara normal tanggal 15 Jun 2010 jam 12.38 petang, bersamaan 2 Rejab 1431 Hijriah. Berat 3.1 kg. Anakanda sulung kami disambut oleh Dr. Fatimah di Hospital Annur, Bangi. Abi turut menemani ummi di bilik bersalin bagi memberikan sokongan moral. Sempat kami habiskan bacaan yassin bersama-sama sambil memohon dipermudah proses bersalin nanti. Masih teringat iringan selitan doa Allahumma yassir wala tu'asir  sentiasa meniti di bibir, memohon ke hadrat yang Maha Esa..


Post a Comment

 
Top