Nur Aisyah Binti Mohd Helmy Rizal berumur 1 hari

Ketika sakit mencucuk-cucuk terasa di perut sehari sebelum permata hati kedua kami dilahirkan, abi terus bergegas dari teratak kami di Kota Damansara menuju ke Hospital Annur, Bangi. Rasanya pengalaman anak sulung menyebabkan  ummi berasa seronok pula hendak bersalin lagi di sini.:) .Ummi ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut oleh jururawat di sana. Hm... hasil pemeriksaan tidak memungkinkan ummi untuk bersalin pada hari tersebut. Rupanya bukaan hanya beberapa cm sahaja. Ammar pula terpaksa ditinggalkan sementara di rumah pengasuhnya, Mama@ Kak Ida. Alhamdulillah Ammar tidak banyak meragam. Mungkin dek kerana seronok sangat bermain dengan abang Ayie dan Abang Amin..Ummi dan Abinya pun dia lupa kot..hehe..
Abi pula terpaksa beli beberapa helai baju kerana tidak membawa sebarang pakaian. Kami pun tidak menyangka akan ditahan di wad..Malam itu kami menonton bola sepak bersama-sama di wad, perlawanan akhir Bola Sepak Sukan Sea yang berakhir dengan kemenangan pasukan Malaysia melalui penalti 4-3 setelah terikat 1-1. Perlawanan yang sangat mendebarkan, Abi pun kadang bersorak bila pasukan Malaysia hampir-hampir membolosi gawang lawan, Indonesia. (hahaaha..sebab tu agaknya Aisyah sangat aktif walaupun perempuan)

Abi tetap setia menemani ummi yang telah berada di bilik bersalin. Mungkin pengalaman bersalin akan dikongsi di entri yang lain pula ya... Alhamdulillah, tepat jam 12.27 petang 22 November 2011 bersamaan 12 Zulhijjah 1421 puteri sulung kami telah dilahirkan secara normal seberat 3.35 kg. Sempat Abi merakamkan detik-detik manis itu dengan kameranya..(ops..hanya fokus pada baby sahaja ya..). Kami hanya tersenyum apabila orang bertanyakan nama bayi perempuan kami... Abi lebih gemar mengumumkan nama permata hati kami pada hari ke tujuh, serentak dengan hari akikahnya sekali. Sekali lagi, seperti akikah untuk putera sulung kami, abi selesa memilih untuk berurusan dengan sahabatnya yang melaksanankan akikah bagi penduduk di Kemboja. Moga keberkatan membantu fakir miskin di sana menjadi sedikit sebanyak saham akhirat kami nanti. InshaAllah. ~catatan Abi, ditokok tambah ummi.
Aisyah pasrah bila Abi letakkan ''topi" barunya..huhu

Post a Comment

 
Top