<3 Kenangan terindah dihari pernikahan 30 Mei 2009 <3
 

Biru muda di Hari Raya Aidilfitri tahun 2010
 
 
Merah hati di Hari Raya Aidilfitri tahun 2011

Serba biru di Hari Raya Aidilfitri tahun 2012. ;)
Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Illahi kerana bahtera perkahwinan kami diserikan lagi dengan kehadiran dua permata anugerah Illahi yang tidak ternilai. 

Seorang putera sulong yang sangat bijak diberi nama Muhammad Ammar, sempena nama sahabat Rasullullah 'Ammar ibnu Yasir'. Mudah-mudahan menjadi anak soleh penyejuk mata ummi dan abinya.  

Seorang puteri yang sangat aktif dan comel diberi nama Nur Aisyah, mengambil sempena nama isteri dan pendamping setia Rasullullah 'Aisyah puteri Abu Bakar As Siddiq'. Mudah-mudahan menjadi anak solehah penyejuk mata kami, inshaAllah. Amin Allahumma Amin.