Seusai solat Zohor berjamaah di masjid dan makan tengah hari aku dapat panggilan mengatakan ada masalah sistem dan server di site yg aku selalu jaga. Kira-kira sejam masalah tu pun selesai setelah di ‘remote’ oleh pihak bertanggungjawab. Kurang lebih sejam kot nak Asar aku pun cari port nak melepak setelah mengalami simptom2 pening2 lalat @ sakit kepala..Surau!

Dengan beg sandang kuletak di sisi, aku pun landing rapat bersebelahan dengan dinding surau di shopping mall berdekatan dgn site aku. Tiba2 aku terjaga kerana rasa kakiku tersentuh sesuatu... Aku buka mata sambil masih berbaring. Kelihatan seorang mamat pertengahan 30-an berkemeja segak,seluar slack dengan beg di sisi bahu berdiri hujung kakiku sambil merenungku. Ish, poyoz tul mamat ni, sikit punye besar surau ni apsal la dok kaco aku kat ceruk tepi ni! Dah la main kejut guna kaki dia je, hampas kerapus tul..ok takpe, aku bergerak mengesot dan duduk di belakang surau tu sambil tunduk kepala jeling balik mamat tadi. Aik nak duduk je pon mamat ni, tak lama pastu dia bingkas bangun dan amik wuduk. Aku usha lagi..Bila melangkah masuk ke perkarangan surau, dia terus menuju ke tempat landing aku tadi..sambil..meraba2 suis sambil mengeluarkan handset dan meletakkan ditelinga, jelas kedengaran telefon nokia tu bersuara memberitahu waktu skrg pukul berapa.. 

Astaghfirullahal adzim, Subhanallah..pengajaran buat aku..Rupa2nya mamat yg aku anggap poyo tadi tu ada masalah pengelihatan. Ada sesalan sedikit setelah berburuk sangka sebentar tadi, bsr kmgknn bukan niat dia nk kejut aku cumanya terlanggar kaki aku sbb dia TAK NAMPAK. Sorry, maafkan aku silap sangka..sekadar berbisik dalam hati. Semoga Allah merahmatinya yg tetap bersyukur sekalipun diuji sebegitu. Dia dgn penuh tertib menyalin seluar, berdiri tegak dan melafazkan takbir mendirikan solat. Allahu Allahu.. Dah nak asar, aku pon gerak kluar hendak menuju ke masjid berdekatan rumah aku.. 

Sempat aku kalih pandangan di rak kasut, tersisip rapi tongkat putih berlipat dicelah-celah kasut.. Ayuh bersihkan hati sempena diberi peluang bertemu Ramadhan Al Mubarak ni.. Ahlan wa sahlan wa marhaban ya habibi Ramadhan..sang hubby

 

Post a Comment

 
Top