Nur Athiyyah nama puteri diberi sempena hari ke tujuh kelahirannya. Alhamdulillah diberi kekuatan untuk membotak licinkan kepadanya. Sebenarnya, bukan la pelik sgt pun, sbb dua-dua cahaya mata yg sebelum ni pun mmg aku yg botakkan.. =p


Asbab nama itu diberi akan kitorang nukilkan dientri khas kemudian nanti.
Nasib baik makcik Sal bidan yang mengurut cik wifey bgtau boleh register nama kat Seksyen 8, Kota Damansara je. Masa Aisyah dulu aku terus pegi JPN Petaling Jaya, yang berdekatan dgn Federal Highway tu. Tak la jauh mana, tp yg kat Kota Damansara ni 5 minit je kot dari rumah kitrg..hehe.. Iklan mak bidan sat:

Aku gerak dr rumah dalam kul 2 ptg lebih. Hampir seminggu aku ulang-alik kat kawasan ni. Bukan apa, jadi driver mak bidan yg mntk tlg hantarkan dia. Rumah dia ni pun selang beberapa blok je dari JPN Kota Damansara ni..
Elok je sampai depan JPN ni, aku mula tercari-cari tempat parking. Nasib baik kebetulan ada 1 kotak kosong betul-betul sebelah bangunan JPN ni. Alhamdulillah, dipermudah Nya.

Masuk-masuk je, hampir semua bangku penuh. Full house, almost. Perrghh, dapat no giliran yg ke-230 tu..amik! Datang lambat lagi. No giliran terkini 191. 230-191=39.

Mula la set masa.. dan buat kira-kira sendiri. Dalam 20 minit tunggu, 7 nombor dah gerak. Purata 1 org dalam 3 minit.. 30 org lagi, jadik 30 org x 3 minit = MINUM DULUUU..hehe..aku pun pegi restoran terdekat pekena limau suam, hrp dpt membantu tekak dok perit-perit ni. Sambil aku monitor group2 dalam whatsapp n browse apa-apa yg patut..hehe..sedar tak sedar dah hampir 45 minit berlalu.
Mengikut perkiraan asal patutnya aku ada dalam 45 minit lagi, tp saje je nak blk check no giliran balik. Masuk-masuk je mmg betul ada lagi dalam 13 orang lagi sebelum giliran aku. 13 org x 3 minit = SEMPAT TELEFON AYAH NI, BORAK SIKIT.. Aku melangkah keluar dari pejabat JPN tu.
Tengah aku bercakap-cakap guna telefon, tiba-tiba datang dua orang budak kecil. Aku rasa dalam lingkungan umur 7 atau 8 tahun. 

Budak1: Bang..bang..nak singgit..
Budak2: Bang..bang..singgit bang..

Kesiannya budak-budak ni.. sempat aku amati keadaan luaran diorg. Nampak sgt tak terurus. Muka dan baju comot, kuku tgn dan kaki tidak bersih, rambut agak kusut masai tapi kelihatan sihat walaupun badan diorg ni sangat kurus..
Erm..hampir-hampir aku nk kluarkan duit dr dompet.. Baik aku bwk diorg pergi restoran sebelah ni, makan-makan..lebih kot dari singgit yg diorg mntk. Jadi aku pun tunjukkan tgn isyarat tunggu. Aku pun tamatkan perbualan dgn ayah. 

Aku: Korang dok mana ni?
Budak1: Duduk dekat flat dekat ni je bang..Nk singgit la bang..
Aku: Jap2..Ni, sorang lagi ni? Adik-beradik ke?
Budak2:  Eh, tak la bang..kitrg kawan je..Nak la singgit bang..
Aku: Jap eh, tggu jap..
Aku segera berjalan pantas, sambil menjengah kepala ke dalam pejabat, lagi 3 orang..alamk mgkn blh kurg 10 minit je lg turn aku ni.. Aku melangkah keluar semula..
Budak1: singgit je bang, boleh laa...
Aku: Saya nk belanja korang ni..Nanti kita boleh pegi restoran sebelah ni.. takyah mntk singgit la..
Budak1 tgk muka Budak2. Macam masing2 takde jawapan balas..
Aku: Tapi korang kena tunggu saya sekejap. Sebelum tu sy nak  tanya, korang ni datang sini macam mana? Rumah kat mana? Datang dengan sapa?
Budak1: Kitrg jalan kaki je, rumah dekat sini-sini je..flat dekat sini..
Aku: Apa nama flat tu?
Budak2: Flat ujung tu bang..
Aku ulang soalan yg sama, mntak diorg sebut nama flat. PELIK, takkan nama flat rumah sniri pun tak tau..Tiba-tiba ada sorang budak dalam lingkungan umur ammar, mgkn 3 tahun datang dekat kitrg..
Aku: Eh, ni sapa lak ni? Adik korang ke, aku ajukan soalan kat diorg..
Budak1: Takla bang, sy pun tak tau sapa. Tak kenal..
Kawan dia lagi sorang tu pun kerutkan kening sambil menggeleng sama.
Tiba-tiba datang sorang wanita mgkn awal 30 an berbadan gempal mengendong anak berumur dlm setahun lbh mencelah:
Wanita: Itu anak saya..Tu la, tadi diorg ni dtg kat sy mintak kat saya singgit juga. Tapi saya tak layan..
Aku: Oh, kes sama mcm sy la ni..
Wanita: Entah ye entah tak..
Aku: Wallahua’lam, sy pun belum bg apa2 pn lagi ni, nk borak ckit.. 
Kalih balik pandangan kpd budak2 tadi semula..Macam-macam aku tanya, nmpak macam makin nak mengelak pulak..
Wanita bermekap tebal td lak dok perati sambil sesekali melurutkan rambutnya yang diwarnakan coklat yg tidak sekata..ada warna mcm lalang mati dua hari, ada warna mcm lalang mati seminggu. Campur-campur..Korang bayang la sniri warna apa ye..Cantik ke warna rambut macam gini (sebijik mcm wanita tu):

 (apa-apa pun bg wanita, rambut wajib ditutup ye kawan-kawan  :) )

Sambung dialog aku dgn budak-budak singgit td..
Aku: Sy ni POLIS..
Budak2: Tipuuu! Tipu ni..ye ke polis? abang tipuu ni... (sengih aku tiba-tiba teringat soalan masa kat imigresen USA lepas belek pasport aku: Are you policeman, sir??)

Aku: Betul, nak tgk pistol saya? Sambil tangan seolah mengambil sesuatu dibelakang..
Aku: Korang duduk dekat sini kan? Skrg sy nk awak tunjukkan saya mana rumah awak? Tunjuk je..
Sambil aku mula melangkah sama sambil aku cuba pegang bahu dua-dua budak tu. Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki.
Lelaki: Wei betin* bab* !! Mana ko pegi sia*!!
Wanita: Orang tgk budak yg mintak duit ni..(muka dah keroh)
Lelaki: Betin* bangan*, yg ko pegi sibuk tgk anak orang, anak ko ni nak letak mana bodo*,  sia* punya betin*!!! 

(Eh..eh..tiba-tiba rasa macam ada orang letak minyak urut panas kat telinga aku lak rasa! Aku pandang sekilas lelaki yg hambur maki-hamun tu.. Aku mula analisa, rs kalu tempur blh 50-50 ni menang, silap 55-45! Jadi aku sedia je tp aku dpt rasakan diorg ni suami isteri..mcm mana blh hidup mcm gini, aku pun tak tau..Wallahua’lam)
Jarak aku dgn wanita dan pasangannya tu kira-kira dalam 6-7 langkah je kot. Cumanya aku berada di kaki lima beratap, dan diorg sebelah luar sikit, beratap langit. Budak dua orang td tu pun rupa-rupanya dah lari kira-kira 50 meter ke depan..sambil tertoleh-toleh belakang. Risau kalau-kalau dikejar. Aku perhati dari jauh je sambil berdiri statik. Aku lebih fokus keadaan pasangan td. Kebetulan ada tirai kedai antara aku dgn pasangan ‘panas’ tu. Rasanya kalau gaduh mulut mgkn ok la lagi..tp kalau melibatkan fizikal..hmmm...aku masih berkira-kira utk berbuat sesuatu..
Kelihatan lelaki tadi berdiri semakin rapat dgn wanita tu, tangannya seolah-olah mahu melepaskan penampar sulung lagaknya. Aku lak yg berdebar-debar. Tp syukur, ia tidak berlaku. Alhamdulillah.
Kes ni begini.. Agaknya bila leka tgk budak-budak yg minta duit singgit td, wanita tu terlepas pandang anak dia yg lagi sorg. Jadi si anak dia tu pun merayau-rayau, si bapa yg ternampak dari dalam mungkin, perasan sorg je anak pada si ibu (sedang berdukung) terus meluru keluar dan berbakul-bakul perkataan kotor yg dihambur. Rsnya memang silap wanita tu. Mgkn bapa dia tgh tunggu giliran kat dalam, tapi bab maki hamun bagai tu mmg tak boleh dimaafkan langsung! Dah la kawasan awam walaupun tak ramai orang keliling..

Yang pelik bin ajaib, wanita tadi tu langsung tak kedengaran menjawab sgt. Mcm redha je kena maki hamun..tak bertekak blk ke..menangis ke..bila sekilas tgk, muka dia mcm biasa-biasa je, cuma sedikit berkerut. Mgkin dah biasa kot. Agk2 mcm keadaan agk terkawal (maksudnya tidak melibatkan fizikal), aku pun melangkah masuk balik. Aku pilih utk bersandar di belakang sambil cuba perhatikan pasangan tadi di sebalik cermin kaca lut sinar..

Tak lama kemudian, pasangan tu masuk, lelaki tadi  berdiri di tepi pintu dan wanita tadi duduk bersama-sama dua org anak mereka tadi. Berjauhan.Tutup case, aku doakn agar Allah rancangkan yg terbaik buat kalian, siapa tau suatu hari nanti pasangan tersebut berubah dan berakhir dgn keluarga bahagia dan dirahmati Allah?  Ameen allahumma amin. Tak lama lepas tu nombor giliran aku naik. Akhirnya dapat gk surat kelahiran Nur Athiyyah. Belek punya belek, alamak, salah waktu kelahiran.. Patut 1.15 pagi@am, dlm surat tu diorg bubuh 1.15 petang lak. Jawabnya Isnin depan ni kena dtg amik yg baru pulok..



Post a Comment

 
Top