B Complex

Vitamin B Complex berfungsi membaiki sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan (anti stress dan mencegah kemurungan @ meroyan). Selain itu ia membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah dan membantu menukarkan makanan menjadi tenaga. Fungsi otak dapat ditingkatkan dan membantu mendapatkan emosi yang lebih terkawal. 


Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)

Vitamin C yang mempunyai sifat anti-oksidan ini berfungsi dalam pembentukan kolagen serta menguatkan tisu-tisu anggota badan. Elemen yang terkandung di dalamnya membantu pemulihan luka ibu selepas bersalin dan meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Ibu bersalin dapat mencantikkan dan mencerahkan kulit dengan pengambilan vitamin C ini secara konsisten.


Vitalea (Multivitamin with iron)

Vitalea terkandung di dalamnya 12 vitamin dan 7 mineral yang sangat diperlukan untuk ibu berpantang. Kekangan ibu berpantang menikmati makanan semasa berpantang dapat di tampung. Dengan ini ibu dapat meningkatkan ketahanan dari jangkitan dan mengoptimumkan serapan zat-zat dalam tubuh. Kandungan zat besi yang terkandung di dalamnya membantu ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu bersalin. Vitalea membantu mengembalikan tenaga untuk kembali segar dan bertenaga. 


Zinc Complex

Semasa bersalin tisu rahim mengalami banyak kerosakan akibat regangan menampung si comel. Zinc diperlukan utk ibu berpantang bagi memulihkan luka luaran dan dalaman (rahim ibu). Perubahan hormon si ibu menyebabkan rambut banyak mengalami keguguran, dan zink dapat membantu dengan menguatkan akar rambut sekaligus mencegah dari keguguran rambut berlaku. Zink juga dapat menggantikan fungsi ikan haruan yang kadang kala sukar ditelan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak biasa dengan ikan sungai. Zink dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri. Ia membantu memulihkan keinginan seksual terutama bagi ibu yang sedang mengalami proses pemulihan selepas bersalin.



Post a Comment

 
Top