B Complex
Vitamin B Complex Shaklee turut mengandungi 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic. Ia berfungsi membaiki sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan (anti stress dan mencegah kemurungan @ meroyan). Selain itu ia membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah dan membantu menukarkan makanan menjadi tenaga serta menambahbaik sistem penghadaman ibu hamil. Fungsi otak dapat ditingkatkan dan membantu mendapatkan emosi yang lebih terkawal. Bagi ibu hamil, pengambilan B Complex yang mencukupi semasa awal kehamilan dapat mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron. Membantu tumbesaran dengan menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

 
Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C berfungsi untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dalam kandungan. Vitamin C yang mempunyai sifat anti-oksidan ini berfungsi dalam pembentukan kolagen serta menguatkan tisu-tisu anggota badan. Elemen yang terkandung di dalamnya membantu pemulihan luka ibu selepas bersalin dan meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Ibu bersalin dapat mencantikkan dan mencerahkan kulit dengan pengambilan vitamin C ini secara konsisten.


Vitalea (Multivitamin with iron)
Vitalea terkandung di dalamnya 12 vitamin dan 7 mineral yang sangat diperlukan untuk ibu yang sedang hamil. Kompenan zat besi yang terkandung dalam Vita-lea dapat membantu ibu hamil kerana biasaan ibu hamil dan menyusukan bayi mengalami kekurangan zat besi. Jika kekurangan zat ini ibu hamil akan lebih mudah pitam, lemah serta lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi dalam melakukan apa-apa kerja. Bagi kehamilan terutama trimester akhir, fetus bayi akan menyerap zat besi dari ibu dan pengambilan zat besi yang mencukupi dapat mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Vitalea juga membantu mengembalikan tenaga untuk kembali segar dan bertenaga walaupun ketika hamil. 


Ostematrix (kalsium, magnesium, vitamin D)
Keperluan ibu hamil adalah 1000-1300mg kalsium sehari. Ini disebabkan bayi akan mula menyerap kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix juga mengandungi Vitamin D yang meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus utk pertumbuhan tulang rangka. Komposisi vitamin yang tinggi dalam susu ibu adalah kalsium, merangkumi 40%. Ostematrix membantu menampung kembali kalsium dalam tubuh ibu yng telah diserap oleh bayi ketika menyusu.

Post a Comment

 
Top