ESP:
ESP membantu meningkat kualiti susu dengan nutrien protein dan kalsium. Kompenan ini merupakan kandungan terpenting di dalam susu ibu. Selain membekalkan tenaga, ibu akan merasa mudah kenyang walaupun makan sedikit. Ini akan membantu menguruskan berat badan. Bayi yang menyusu akan cepat kenyang dan kurang meragam apabila mendapat kualiti susu yang cukup insyaAllah.

Alfalfa:
Alfalfa pula mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Raja tumbuh-tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan galactagogue atau penggalak susu dan telah digunakan secara turun temurun di benua Amerika. Selain itu alfalfa meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan mnyingkirkan toksik dan bagus untuk buah pinggang. Ibu yang menyusukan perlu mengambil kuantiti air yang mencukupi untuk mengimbangkan kuantiti alfalfa yang diambil.

Vitalea: 
Para ibu yang menyusukan bayi perlu mengambil set vitamin dan galian yang lengkap selain zat besi (iron). Vitalea shaklee teruji secara klinikal mengandungi 23 jenis multivitamin dan multimineral yang dapat membekalkan dengan nutrien yang diperlukan agar ibu sentiasa cergas dan bertenaga. Akan tetapi untuk mendapatkan kesan optimum, ibu perlu jarakkan pengambilan vitalea dengan minuman susu atau kalsium untuk meningkatkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
  
B Complex : 
Vitamin B kompleks diperlukan oleh ibu dan bayi bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma. Lengkap dengan 8 kompenan vitamin B termasuk asid folic yang diperlukan oleh tubuh badan ibu. Vitamin B sangat penting untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga, meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga membantu mengawal stress (elakkan simptom meroyan) dan bertindak sebagai agen penenang untuk emosi yang lebih positif dan stabil. Wajah ibu juga akan lebih segar dan tidak kusam.

Sustained release Vitamin C @ Chewable Vitamin C: 
Bertindak sebagai antioksidan (melindungi sel daripada bahaya radikal bebas) dan meningkatkan sistem imun badan ibu sekaligus manfaat antibodi kepada bayi. Vitamin C juga perlu untuk menlindungi kelenjar daripada kerosakan dan berdarah. Selain penting untuk pembentukan kolagen supaya kulit ibu lebih anjal, cantik dan segar. Ketika demam ibu boleh meningkatkan pengambilan vitamin C dari 1 ke 2 biji sehari.

Ostematrix (kalsium magnesium):
Komposisi vitamin yang tinggi dalam susu ibu adalah kalsium, merangkumi 40%. Kalsium untuk ibu adalah sebanyak 1300mg setiap hari untuk pembinaan tulang, darah, gigi dan saraf. Ostematrix membantu menampung kembali kalsium dalam tubuh ibu yng telah diserap oleh bayi ketika menyusu.




Post a Comment

 
Top