Rawatan Segera Astma/Lelah - tip dr seorang Doktor Ustazah.

Ketika menjadi fasilitor sekitar tahun 2003, aku pernah kaget@cuak2 sepanjang 3 rakaat terakhir solat zohor berjamaah bersama2 anak-anak fasi di sebuah sekolah menengah di Kelang. 

Byk antara pengakuan oleh pelajar2 di sana mengenai kehidupan sosial mereka yg agak memeranjatkan. Bolehlah ngaku sbb masing2 kitrg tutup mata dgn kain.. Smpai terlintas kat kepala aku.. Perrghh..berani@sengalnye korang! Yg tu kongsi lenkali.. 
Program itu, kami fokuskan kpd tingkatan 3(PMR) dan 5(SPM). Ketika solat dalam dewan terbuka, berada disisiku merupakan pelajar tingkatan 3. Masuk rakaat kedua, tiba2 anak fasi ni berdiri terhuyung-hayang sambil bernafas tersekat2.. 
Alamak! Aku pulak dok pikir kalau dia terduduk/pengsan je, aku pakat mufarrakah (keluar solat) dan papah dia. Bunyi nafas makin kuat. Dah mcm lepas lari pecut 100m. Aku pulak makin risau. Yg kagumnya boleh lak dia perabih solat smpai beri salam.
 
Lepas beri salam tahiyyat akhir, adik ni trus tumbang, dan aku ribakan dia. Aku arahkan beberapa orang anak fasi yg lain segera panggil cikgu sekolah itu dan minta telefon ambulan. Sambil tu aku tye pd adik fasi yg lain2, ada tak adik ni pakai inhaler (alat bantu nafas). Mmg ada rupanya, tp masa tu mmg tak bawa.

Nak aku buat CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) ke ni?? Dah la aku pun tak berapa sure step dan kiraan dia..

Ohya CPR tu juga lebih mudah difahami dgn:
Cardio = HEART
Pulmonary = LUNGS
Resuscitate = REVIVE
Cardio-Pulmonary Resuscitation = Reviving the Heart and Lungs

Aku budak Biomedical Engineering apa!hehee..

Sementara tu, kot-kot jd apa2, aku bisikkan perlahan ke telinganya kalimah thoyyibah: Laailaa haillallah...berkali2 kali, gulp..berdebar2 aku tgk dada dia bergerak kencang dgn nafas pendek tersekat-sekat.

Selang beberapa minit seorang ustazah sampai. Mintak aku papah dan bantu dia berdiri. Lepas tu ustazah tu arahkan adik ni buat posisi rukuk.

Maaf ye, ustazah tu tak pesan pakai topi berselirat mcm ni.
Ni gambar aku masa buat Research tentang Solat :)

dan minta aku tepuk selari dgn posisi peparu dibelakang adik ni dgn tangan telungkup.
Aku ikut je arahan ustazah ni.. selepas tepuk-tepuk di kiri dan kanan setentang  posisi peparu lebih kurang 30 saat, aku dirikan tegak balik. Aku tengok adik ni nmpk kelegaan dan nafasnya macam dah semakin lancar.. waahh hebat, Subhanallah!
Aku pun buat beberapa kali ulang sampai adik ni nampak lg stabil bernafas.
Aku pun dok pikir apa rasionalnya tepuk belakang tu dlm posisi rukuk..Bila rukuk, perut tertekan, udara kat bahagian badan torak atas bertambah tak kira masa tarik atau lepaskan nafas..Lepas tu tepuk utk? Ustazah tu kata bila tepuk mgkn lendir2 yg blok saluran pernafasan tu boleh terbuka. Wallahuallam. Yg aku pernah belajar anatomi org bernafas:


Selepas tu, ustazah tu share rupanya anak dia pun ada anak mengidap asthma dan itu la praktik yg dia slalu buat sambil dapat kurangkan kebergantungan kpd inhaler yg bergas tu. Good tips anyway. Alhamdulillah tambah ckit ilmu aku..

Iklan sikit:
Utk anak2 yg semput atau asma boleh ikhtiar dgn mengambil Mealshake dari Shaklee. Ada testimoni menunjukkan Mealshake ni mmbantu mengurangkan penggunaan inhaler kpd pesakit. Anak kitorg pn dah pandai demand letak Mealshake dalam susu diorg. Mudah2an mmbantu. InsyaALlah. ~en.hubby@Abi

Post a Comment

 
Top