Hari ini ummi mengimbau kembali detik-detik mengandungkan, melahirkan dan membesarkan permata hati sulong ummi. Permata hati yang memberikan status ummi & abi padaku & suami. Syukur hari ini 4 tahun Allah pinjamkan Muhammad Ammar untuk ummi dan abi..

Ammar dalam perut ummi


Sewaktu awal mengandungkan Ammar, ummi morning sickess untuk 4 bulan yang pertama. Alhamdulillah ummi tiada sebarang masalah besar semasa mengandungkan Ammar. Cuma biasalah HB rendah dan sakit kaki sebab kurang kalsium selain morning sickness yang awal-awal mengandung. Seawal 16 minggu dalam perut, ummi dah mula rasakan pergerakan Ammar dalam perut. Subhanallah indah sungguh perasaan itu. Ketika Ammar 7 bulan dalam kandungan, kami mula membuat persiapan menyambut Ammar. Indah perasaan pertama kali akan bergelar ibu.

13 Jun 2010, Ahad.
Kami berada di Melaka untuk membantu persiapan perkahwinan Kak Teh yang bakal berlangsung 19 Jun 2010. Masa ni la keluar tanda yang mula buat ummi berdebar-debar. Masa ni memang tak de sakit apa pun. Abi dah macam excited. Tapi nenek boleh doa lagi moga-moga Ammar keluar selepas selesai majlis Kak Teh. Petang kami bergerak balik KL. Oleh kerana ini pengalaman pertama, kami singgah di Hospital Pakar Annur Bangi untuk berjumpa doktor. Memang ummi plan untuk bersalin di sini setelah membaca review dari internet tentang tempat ni. Lepas nurse check, ok blom masa Ammar nak keluar lagi. Kami bermalam di rumah Kak Suzana di serdang malam tu memandang jarak rumahnya ke hospital lebih dekat berbanding kami balik ke Kota Damansara.

14 Jun 2010, Isnin.
Harini macam relaks je kat rumah kak Su. Abi pun amik cuti sebab macam konfius dengan ummi. Kejap2 sakit sikit2 tapi macam tak sure dgn sakit tu. Bila tanya mak, mak kata ikut jugak. Ada anak mak lepas sehari keluar tanda terus bersalin. Ada yang lepas seminggu baru bersalin. Seminggu? Oh ho..Malam tu ummi dgn abi terus p jalan-jalan dekat The Mines. Makan segala apa yang rasa nak makan. Memang gagahkan diri berjalan walaupun rasa macam dah tak larat. Malam tu terus sakit-sakit tak boleh nak tido.

15 Jun 2010, Selasa.
Ummi bangun Subuh tu terus solat dan bersiap-siap ajak abi p hospital. Pukul 8.30 pagi masuk labor room. Kat labor room langsung tak sakit plak. Konfius betul. Bila Dr. Fatimah datang check, dia minta nurse pasang drip. Masa tu dalam pukul 10.30 pagi. Akhirnya pukul 12.30 tengah hari Ammar pun keluar dengan tangisan. Mengucap syukur ummi atas pemberian Allah ini.

Ammar masa ummi masih dalam pantang

Comelkan Ammar dengan abi

 
Ammar dan ummi

Ammar 3 bulan
Ammar 6 bulan
Ammar genap setahun
Semalam kami meraikan Hari Lahir Ammar yang keempat. Kebetulan Mak Long nak datang tengok Ammar yang sakit kaki..


Kek Hari Lahir Ammar sekali untuk sambut Hari Bapa untuk abi
Ammar potong kek
Kakak Naurah datang menghiburkan hati Ammar
Sama tak muka Athiyyah dgn Ammar masa kecik?
Selamat Hari Lahir Muhammad Ammar. Moga jadi anak yang soleh ye.. Kenangan mengandung dan melahirkan Ammar insyaAllah akan ummi ingat sampai bila-bila walaupun sakitnye ummi dah lupe.. Nak baca kisah Ammar yang abi tulis? Boleh baca coretan tentang Ammar ni..

Post a Comment

 
Top