1)Apa itu ESP?

ESP (energizing soy protein) adalah protein soya yang berkualiti tinggi dan  ianya non GMO soy. Non GMO ni maksudnya ia tidak diubah suai secara genetik. Penghasilan serbuk soya dipantau rapi dari proses menanam sehinggalah pemprosesannya.

1 hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda daging, 4 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.



2)Mengapa perlu ESP?

25% dari tubuh manusia terbina dari PROTEIN. Secara ringkas struktur tubuh manusia dibina daripada susunan ini : SEL > TISU >  ORGAN > SISTEM. Struktur tubuh kita terdiri daripada berjuta-juta SEL. Kemudian sel-sel ini akan membentu tisu-tisu. Seterusnya tisu-tisu ini pula akan membentuk organ dan akhirnya organ-organ ini akan membentuk sistem. 

PROTEIN adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas. Oleh itu badan kita memang SANGAT memerlukan PROTEIN yang berkualiti.
Contohnya kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. 

Ya.. memang makanan yang kita makan secara harian juga mengandungi protein seperti ayam, daging, ikan dan kekacang tetapi tahukah anda protein amat mudah termusnah pada suhu yang tinggi. Ayam yang digoreng pernahkah anda terfikir berapa jumlah protein yang tinggal. Kita memerlukan sebanyak 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari atau anggaran 64 gram bagi orang dewasa.. Berapa banyak ayam, ikan, daging yang perlu kita makan bagi mencukupi jumlah protein harian dan sudah tentulah kesan lain yang akan kita dapat contohnya kenaikan berat badan, kolestrol yang tinggi, darah tinggi dan bermacam-macam penyakit lain lagi. Oleh itu ESP ini merupakan protein berkualiti yang perlu kita ambil hari-hari.

3)Berapa Lama Boleh Tahan / digunakan 1 Canister ESP?
  • 1 canister ESP mempunyai berat 850gram.
  • Tempoh penggunaan ESP bergantung kpd pengambilan kita.
  • Sekiranya pengambilan 3 scoops sehari secara konsisten, ESP mampu bertahan selama sebulan setengah.
  • Sebagai contoh, untuk energy booster dan slim, 2 scoops sebagai pengganti sarapan pagi. 1 scoop sebelum makan malam.
  • Badan memerlukan protein yg cukup untuk menjalankan aktiviti harian. Protein membantu membina sel badan manusia. Sel yg sihat dapat meningkatkan kualiti sistem badan yg lebih baik.
4)Siapa yang tidak boleh ambil ESP?
  • Pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein  tidak tidak digalakkan.
  • Walaubagaimanapun ESP sebenarnya dapat mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh merosakkan buah pinggang tetapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang.
  • Bayi yang berumur di bawah 1 tahun juga tidak boleh ambil. Kanak-kanak berumur lebih dari 1 tahun boleh mengambil ESP dalam kuantiti yang sedikit. Walaubagaimanapun oleh kerana ESP tidak mengandungi lemak maka untuk kanak-kanak kami sarankan pengambilan mealshakes yang mengandungi lemak bagi tujuan pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-kanak.
  • Individu yang allergik soya juga tidak boleh ambil ESP ini.
5)Mengapa Diabetes Sesuai Ambil ESP?

ESP sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana mengandungi kandungan indeks glisemik yang rendah iaitu 39. Oleh itu, ia mampu membantu tubuh pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi. Jika pesakit diabetis mengambil makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi boleh meningkatkan risiko terkena diabetis tahap 2.

Apa itu indeks glisemik?Indeks glisemik (GI) ialah satu ukuran secepat mana aras glukosa darah (i.e., gula darah) meningkat selepas memakan makanan tertentu. Glukosa (piawai yang ditetapkan) mempunyai indeks glisemia 100. Kesan setiap makanan terhadap aras glukosa darah berbeza-beza.

6)Apa Rasa ESP Sebenarnya?

ESP Shaklee ni rasa mild soya tapi kalau anda tidak suka rasa soya, ada banyak cara untuk atasi rasa soya tersebut. Boleh bancuh 1 scoop ESP dengan 200-250ml minuman kegemaran anda tapi tidak boleh bancuh bersama-sama teh/kopi/nescafe/air bikarbonat dan mesti air yang sejuk/suam. Air panas tidak boleh sebab nanti protein akan musnah.

Antara resepi ESP yang digemari ramai ialah:
ESP + Fresh Milk 
ESP + Fresh Milk + Kurma (blend)
ESP + Mealshakes 
ESP + Performance Drink
ESP + plain water (suam/sejuk) 
ESP + jus twister topicana 
ESP + jus buah
ESP + nesvita 3 in 1/ nestum 3 in 1/  horlicks 
ESP + yogurt nestle bliss

7)Mana Yang Lebih Bagus Untuk Susu Ibu Antara ESP & Alfalfa?

Pada saya kedua-duanya penting. Namun demikian, bergantung kepada bajet juga. Kedua-duanya punya fungsi yang berbeza. ESP lebih kepada protein untuk berikan ibu tenaga. Bila ibu bertenaga, inshaAllah susu akan lebih banyak terhasil, supply akan dpt memenuhi demand bayi kita. Tambahan pula, banyak kebaikan ESP yang lain seperti untuk kulit, rambut, untuk kurus juga.
Alfafa pula orang panggil milkbooster, penggalak susu. Ambil maksimum 10biji sehari, tetapi sebaiknya mulakan dengan dos yang rendah sebab ia umpama herba, panas sikit. Perlu banyak minum air. InshaAllah, jika konsisten pengambilan, minum air putih 2-3l sehari, makan makanan berkhasiat dan yg paling penting, jangan skip kosongkan payudara samaada direct atau mengepam, susu ibu akan lebih banyak terhasil.

8)Adakah Masih Perlu ESP Jika Sudah Ambil Alfalfa?

Ya. Anda boleh ambil Alfalfa sahaja atau ESP sahaja.Sekiranya ambil kedua-duanya itu lebih bagus kerana setiap vitamin ni mempunyai fungsinya yang tersendiri yang mana kekurangannya tidak dapat dipenuhi oleh ESP atau alfalfa mahupun kedua-duanya semata-mata. 

Orang yang mementingkan kuantiti susu semata-mata akan merasakan sudah memadai sekiranya ambil alfalfa sahaja tetapi apa yang kita mahu adalah kualiti penyusuan tersebut.  Alfalfa sebagai milk booster akan menggalakkan pengeluaran susu ibu sedangkan badan ibu sendiri tidak cukup zat dan nutrisi. Ibarat memaksa diri melakukan sesuatu yang badan tidak mampu.

9)Apa Beza Protein ESP, Mealshakes & Cinch?

Ketiga-tiganya tinggi protein. Cuma Cinch Shake mempunyai kandungan leucine dan fiber yang tinggi. Leucine merupakan nutrisi yang diperlukan untuk mengisi bahagian-bahagian badan yang telah dibakar lemaknya dengan membina otot. Maka badan tidak akan menggeleber setelah lemak dibakar. Kandungan multivitamin juga lebih banyak pada Cinch Shake berbanding ESP.
ESP juga membantu menguruskan badan kerana memberi kekenyangan yang berpanjangan.
Mealshakes adalah protein susu lembu tanpa laktosa. Bila sebut laktosa ini ianya menyerupai khasiat susu lembu asli. Tidak sesuai untuk diet kerana ada kandungan lemak. Sebab itu ianya sesuai untuk kanak-kanak kerana lemak akan membantu tumbesaran dan perkembangan otak anak-anak.

10)Betulkah Soya Tidak Bagus Untuk Kesihatan?    

Terdapat 2 jenis soya di pasaran.
1) GMO ( genetically modified organism) sudah diubah kandungan genetik nye oleh manusia.
2) NON-GMO (non genetically modified organism) kandungan genetik nya tidak prnah diubah oleh manusia.

Apa beza dua jenis soya itu? Soya GMO terjadi bila permintaan melebihi pengeluaran. Bagi memenuhi permintaan, jadi semua bahan perlu dibuat dengan cepat tanpa dibuat secara semulajadi. Soya adalah salah satunya. Hampir 96% soya di dunia daripada GMO.
Saya setuju kenyataan encik/puan mengenai soya tidak bagus untuk kesihatan JIKA
produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO SOYA
produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang banyak setiap hari.





Ingin mendapatkan ESP anda hari ini?
Hubungi saya,
Aini Ahmad 013-3336573
Mohd Helmy Rizal 019-3898170


Post a Comment

 
Top