Athiyyah masa umur sehari


Semalam 9 Oktober 2014 genap puteri ummi Nur Athiyyah binti Mohd Helmy Rizal berusia setahun. Sengaja ummi menunggu pagi ini untuk menulis catatan kelahirannya. Sekarang jam 5 pagi. Hening untuk ummi mengimbau semula pengalaman ummi setahun yang lalu. Semalam ummi melihat semula video dan gambar-gambar kelahirannya. Cukup syahdu. Syukur Allah permudahkan segalanya.

Akhir September 2013...
Terasa tak tahu dari mana catatan ini harus dimulakan. Tenang mengimbau kenangan setahun lalu buat hati berbaur rasa. Akhir September 2013 sebenarnya ummi dah rasa lain macam. Tapi ummi sendiri keliru sama ada sakit nak bersalin atau hanya 'Braxton Hicks Contractions'. Masa ni baru nak kalut berkemas beg untuk ke hospital. Sebelum ni 36 minggu mengandung beg dah ready dalam kereta. Ummi layankan rasa sakit yang datang sambil berfikir-fikir Ammar dan Aisyah yang mungkin akan dihantar ke rumah pengasuh. Masa ni memang dah start amik cuti. Ummi amik cuti 2 minggu awal sebelum tarikh due memandangkan cuti bersalin nanti akan termasuk dalam cuti sekolah. Setelah seharian melayan sakit, sakitnya hilang macam tu je. Ok, baby cuma nak main-main je. Tapi selepas dari tu memang terasa juga sakit-sakit belakang dan badan rasa tak selesa serba tak kena.

9 Oktober 2013..
7.00 pagi..
Awal pagi ummi perasan keluar sikit tanda. Memang rasa sakit sikit-sikit. Tapi memandangkan pengalaman bersalin Ammar, hari ketiga selepas keluar tanda baru ummi bersalin, jadi ummi cuba tenang saje walaupun dok tertanya-tanya juga kalini betul-betul ke baby nak main-main lagi. Siap baca-baca tentang tanda-tanda nak bersalin. Bila sakit makin kuat, ummi maklumkan pengasuh anak-anak ummi mungkin akan hantar mereka harini. Sambil kemas-kemas barang anak-anak, kemas rumah sikit-sikit dan bersiap untuk ke hospital, ummi layankan je sakit yang datang. Lepas siap-siap semua ummi boleh berbaring-baring dan tidur.hihi..abi pelik juge tengok ummi tapi dia pun layankan je. Sampai ke petang ummi bagitau abi macam dah tak sakit pulak. Rasa macam kelakar je. Tapi disebabkan ummi plan nak bersalin dekat Hospital Pakar An Nur, Bangi, dalam 45 minit perjalanan dari Kota Damansara, abi minta ummi siap-siap ke hospital juga. Ummi hantar Ammar dan Aisyah ke rumah pengasuh siap pesan kalau ummi tak jadi bersalin, ummi ambil semula anak-anak.

 6.00 petang..
Kami bertolak ke hospital. Sampai di Bangi dah Maghrib. Solat di Petronas berhampiran. Lepas solat ummi sempat ajak abi makan dulu. Takut tak de tenaga kalau bersalin malam ni. Oh ya, sejak dari pagi ummi minum Performance Drink moga bertenaga masa bersalin. Masa makan ni sakit dah konsisten semula. Contraction rasa macam 5-15 minit sekali. Tapi masih keliru dan tertanya-tanya betul ke nak bersalin ni. Lepas makan kami terus ke hospital.

9.00 malam..
Sampai kat hospital terus ke labour room. Nurse check dan buat ECG. Baru 2 cm nurse kata. Nurse keluar nak call doktor. Kami ni pun siap-siap bincang la nanti nak stay wad ke, nak dok hotel area situ ke, nak balik rumah ke. Abi kata takpela kita tunggu doktor datang dulu. Bila Doktor Fatimah datang dia kata ok dah 8 cm,mummy dah boleh bersalin. Haa, aik tadi nurse kata 2 cm. Ummi ni kadang memang percaya tak percaya kat Doktor Fatimah. Bukan apa,kadang rasa dia nak sedapkan hati je.hihi..teruk betul.. Apa lagi doc suruh nurse pasang drip dan bersiap-siap. Ummi tengok muka nurse tu pun macam pelik. Macam tak percaya sebab ummi relaks je macam tak sakit pape. Dia siap tanye macam mana doc check sebab tadi dia kata 2 cm. Masa ummi masuk toilet nurse siap risau ummi terbersalin dalam toilet sebab doc kata dah 8 cm. Haish, bab drip tu ummi tak berapa suka sebab ramai yang kata kalau drip tu memang sakit berganda banding dengan biasa. Doc kata tadi pasang drip supaya ummi ada rasa sakit sikit. Aikk, apa-apa aje la doc. Korang baca paham-paham je la ye.. Catatan ni berdasarkan pengalaman dan apa yang doc kata. Memang ikut hati nak cuba untuk natural birth. Tapi bila dah keadaan macam tu ummi rasa blur dan tak boleh berfikir sangat. Bukan tak sakit. Tapi ummi boleh kawal lagi sakit. Masa tu ummi pun tak percaya dah 8 cm. So kami ready dan bersiap-siap sahaja.

12.00 tengah malam..
Ummi dah rasa sakit yang konsisten. Memang menahan sakit tak tertahan. Nurse keluar dan masuk turut resah. Berkali-kali pesan kalau rasa nak teran bagitau. Bila tempoh agak lama dan nurse tengok macam ummi sakit sangat-sangat, nurse check pundi kencing penuh baby tak boleh nak turun. Nurse pasang tiub kencing. Lepas tu nurse tanye ummi nak inject untuk kurangkan rasa sakit tak. Ummi angguk je sebab rasa dah tak tertahan. Tak lama lepas tu terus rasa nak rasa nak teran. Kalau ikut natural birth,tak boleh teran kena breath. hihi..tak pe lah ummi baca bila dah selamat bersalin.. Alhamdulillah sekali teran selamatlah Athiyyah lahir ke dunia. Perkataan salam assalamualaikum adalah perkataan pertama yang Athiyyah dengar dari Doktor Fatimah. Tepat jam 1.15 pagi 9 Oktober 2013 lahirkan puteri kedua ummi dan abi. Ummi hanya mampu mengucap Allahu Akbar. Betapa besarnya Allah yang menjadikan. Terlalu syahdu athiyyah dalam dakapan ummi selepas dilahirkan.

Ok, selamat semua. Jom layan gambar-gambar.
 
Masa di hospital

Athiyyah dengan nenek

Athiyyah tido

Tido lagi

Dan lagi



Sambut birthday Athiyyah


Keluarga kami







Post a Comment

  1. kenangan terindah..saat paling gembira adalah kali pertama melihatnya lahir ke dunia...moga menjadi anak yg solehah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul rokiah..saat pertama mendakapnya adalah detik2 terindah..

      Delete

 
Top