Alhamdulillah..tahun ni kami beraya di Melaka. Keluarga belah suami. Tahun lepas kami hanya beraya di Kota Damansara memandangkan saya berpantang sendiri di sana. Kami sebenarnya tiada giliran untuk pulang ke kampung setiap kali sambutan Hari Raya Aidiladha. Bergantung kepada keperluan. Alhamdulillah beraya di mana mana pun saya tetap gembira..

Tahun ini keluarga belah suami buat korban seekor lembu bersama-sama. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan meriah..

Kami bertolak pulang ke Melaka sehari sebelum raya. Sempat bawa Ammar ke klinik Pakar Kulit An Nur di Bangi sebelum bertolak balik ke kampung.

Pada pagi hari raya, suami dan adik beradik serta ipar yang lelaki solat Hari Raya di masjid berhampiran. Selesai solat baru kami bergerak ke rumah nenek suami di Pernu.

Seronok tengok semua bergotong royong memotong dan memasak daging. Saya ni biasalah sibuk melayan anak anak. Sempat jugak di kecik tu jatuh tangga.huhu..

Ok, jom layan gambar gambar. Takde gambar cantik 1 family.hihi.. Suami lepas solat raya terus tukar baju rewang..


Persediaan tempat gotong-royong
Anak-anak sibuk perhati gotong-royong potong lembu korban
Bersungguh-sungguh semua
Encik suami posing ke tolong tu??
Mak long pun turun padang
Sempat snap pic dengan anak sepupu suami
 
Makan-makan malam raya

Sempat potong kek lagi
Tengah hari raya kedua kami dah bergerak balik ke Kota Damansara. Sempat kami singgah di rumah mak Itam yang mengambil takaful dengan suami. Kami juga singgahdi UPM menghantar adik ipar yang belajar di sana..


Ok, sekian sahaja cerita raya kami.. Moga berjumpa Aidiladha tahun hadapan..

Post a Comment

 
Top