Alfalfa complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950an.
Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organikdi California yang bebas dari pestifid, herbasid dan menggunakan bahan kompos /baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyeraf pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah kaya dengan klorofil. Daun-daun ini akan dikeringkan dengan udara secara semulajadi untuk mengekalkan nutrisi yang terkandung dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Kemudian , daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompress menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan pengawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam alfalfa ialah:-

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

Manakala kandungan mineral yang terdapat di dalam alfalfa:-

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain keistimewaan alfalfa pula ialah:-

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan)



Manfaat Utama:



Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi – Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih 2500 tahun dahulu dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protein, asid aminno , klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim, dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

•         Mencuci hati, darah, dan usus – Ia adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

•         Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan, dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

•         Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity , ulser gastrik , hepatitis dan sembelit.

•         Menyingkirkan lemak dan kolesterol – Kajian klinikal membuktikan penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghasilkan lemak, mengurangkan kolesterol , mencegah penyakit jantung , strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

•         Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan  membuang tumor.

•         Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.

•         Mencegah/ merawat atritis -  Melegakan sakit atritis dan kesakitan.



Siapa perlukan khasiat Alfalfa Shaklee?

1.Mereka yang ingin menyingkirkan sisa toksin di dalam badan (detoksifikasi)

2. Mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi

3. Mereka yang mengidap penyakit kencing manis

4. Mereka yang mempunyai masalah sakit sendi

5. Mereka yang mempunyai masalah pundi kencing (kencing tidak lawa, batu karang)

6. Mereka yang mempunyai masalah asthma

7. Mereka yang mempunyai masalah gastrik

8. Mereka yang mempunyai masalah bau badan yang sangat kuat

9. Mereka yang mempunyai masalah dengan bau mulut

10. Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan wanita seperti keputihan, sakit ketika bersama, merapatkan miss ‘V’

11.  Golongan ibu menyusu yang mempunyai masalah penghasilan susu badan

12. Golongan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan lelaki seperti kelenjar prostate, tahan lama dan sebagainya



Post a Comment

 
Top