Tempoh selepas bersalin adalah tempoh untuk ibu-ibu memulihkan semula kesihatan dalaman dan luaran fizikal mereka. Tempoh pemulihan ini sangat penting memandangkan mereka telah 9 bulan mengandung dan melalui proses bersalin yang menyebabkan kehilangan darah dan menggunakan tenaga yang banyak. Pelbagai pantang larang selepas bersalin yang ibu-ibu perlu ikuti agar badan dapat dipulihkan sebaiknya. Dari aspek pemakanan, mereka juga perlu makan makanan tertentu sahaja. Saya dulu semasa berpantang hanya makan jenis masakan tertentu dan mengamalkan pengambilan suplemen Set Bersalin Shaklee. Nanti saya kongsikan dalam entry resepi berpantang ye.

Pantang-Larang Ibu Dalam Pantang

 


    Jangan Makan Ubi-ubian

Ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielakkan sebab makanan jenis ini boleh mengganggu sistem pencernaan menyebabkan si ibu mungkin menghidap kembung dan  sakit perut. Malah bukan setakat ibu, penyakit yang berkenaan juga mungkin boleh ‘transfer’ atau berjangkit kepada bayi yang sedang menyusu. Ibu-ibu yang menyusukan bayi lebih perlu menjaga pemakanan supaya bayi akan sentiasa selesa perut dan tidak meragam. Bab makan ni memang Aini kena jaga betul sebab tak nak baby meragam. Tak lalu dalam pantang nak layan baby meragam saje. Kalau sekali sekala ok la kan..


   Pastikan Selalu Pakai Sarung Kaki

Dah jadi macam satu ‘trademark’ pula. Tapi sebenarnya ia memberi manfaat besar iaitu mengelakkan kaki dan tubuh agar tidak masuk angin. Kalau angin dah masuk, mulalah sengal-sengal dan badan tentu akan  menjadi lebih lemah. Aini pun memang akan sentiasa patuh pakai stoking. Kalau tak, memang badan sakit-sakit dan berangin. Dan yang Aini perasan kalau badan berangin, memang baby pun akan kembung perut. Bab yang bagi kesan kat baby memang Aini patuh saja..


    Tak Boleh Terhantuk Ibu Jari

Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan menyebabkan ibu jari tu terhantuk dengan benda keras boleh mengakibatkan pitam atau bentan. Masa berpantang Aisyah, ibu jari kaki Aini pernah terlanggar batu masa tengah sidai baju. Bila bidan datang mengurut tengok ibu jari kaki luka, memang dia pun nasihat jaga ibu jari kaki baik-baik. Boleh menyebabkan pendarahan katanya. Takut jugak dengar.


    Jangan Terlalu Aktif

Kalau boleh jangan terlalu banyak bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya. Rasanya semua pun maklum yang ini. Rehatlah supaya badan dapat pulih sepenuhnya. Bukan hendak bermalas-malasan tapi takut-takut kesan jangka masa panjang nanti.


   Jangan Membaca

Ketika baru bersalin, ibu-ibu tidak digalakkan membaca. Masa berpantang memang mak selalu ingatkan Aini bab ini. Iyela, masa berpantang kita uruskan baby je. Lagi-lagi masa minggu pertama bersalin tu. Jadi cuba-cuba elakkan ye. Mak kata nanti mata kabur. Tak elok untuk mata.


    Jangan Tidur Tanpa Berlapik

Elakkan tidur tidak berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras  kepala semasa berbaring. Selain punca kepada sakit kepala, tidur tanpa berbantal mungkin menyebabkan darah kotor susah keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit gila meroyan. Mak pun tekankan pada Aini bab ini. Kalau ikut mak, susun bantal tinggi, tidur duduk supaya darah mengalir dengan baik. Kadang-kadang je ikut lebih-lebih lagi kalau depan mak. Hihi.. Sebabnya rasa tak selesa sangat tidur dalam posisi duduk. Tapi masik tinggikan sikit bantal la.


    Jangan Sekali-kali Duduk Mencangkung

Dibimbangi posisi mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah tu terkeluar dan menyebabkan tumpah darah. Haa, yang ni memang sangat elakkan. Tandas pun Aini gunakan tandas duduk ukan tandas cangkung. Kalau baru bersalin memang kita sendiri akan rasa tak boleh nak mencangkung.


    Mandi Duduk di Bangku

Sebaik-baiknya mandi dengan duduk di bangku untuk menjaga kesihatan peranakan. Mandi dalam keadaan duduk adalah disarankan berbanding berdiri supaya si ibu yang masih lemah tak perlu menggunakan banyak tenaga. Ni masa awal-awal bersalin. Biasanya Aini buat kat hospital. Duduk dekat tandas duduk la. Bukan bangku @ kerusi.


    Rapatkan Kaki Semasa Tidur

Satu cara untuk cepatkan penyembuhan bahagian peranakan ialah dengan kaedah merapatkan kaki ketika tidur. Jangan tidur mengangkang. Biasa kalau tidur, Aini dah perasan dah posisi tidur. Kalau sebelum tidur iye la kan.hihi..


    Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

Tidur ketika matahari tengah naik akan menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit. Ini tips yang baik juga untuk diamalkan walaupun tak berpantang. Ramai ibu-ibu yang terganggu tidur sebab melayan bayi yang masih dalam pantang.Jadi kena tahan mata sampai nak tengah hari sikit.


    Jangan Tidur Atau Keluar Rumah Waktu Senja

Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Ini ramai yang sedia maklum. Kalau bukan dalam pantang pun sebolehnya dielakkan.

Sumber :
http://www.petuatradisional.com/tips/pantang-selepas-bersalin

Pengedar Shaklee Bangi & Kota Damansara
Aini Ahmad
No HP : 013-3336573
Instagram : ummimarsya

Post a Comment

  1. Terima kasih sis.. perkongsian yang menarik.. pastinya ada asbab kenapa perlu ikuti pantang larang nya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 sis.benar. mudahan ada manfaatnya buat pembaca :)

      Delete

 
Top