video

Bulan ini genap 3 tahun kami mendaftar menjadi ahli Shaklee dan menjana pendapatan bersama Shaklee. Bermula dengan bonus bulan pertama RM100 lebih kini mampu menjana pendapatan 4 angka. Untuk pengetahuan semua, Aini bukanlah orang yang minat berbisness. Rasanya langsung tidak berminat. Tetapi  suami yang memang minat untuk berbisness. Apa yang bestnya Shaklee ini sampai kami mampu bertahan 3 tahun bersama Shaklee dan mengharungi jatuh bangun bersamanya?

1) Membantu meningkatkan kesihatan diri sendiri dan orang lain.

Asalnya Aini bermula bersama Shaklee dengan Set Menyusu Shaklee. Secara jujurnya, memang Aini cari produk yang boleh banyakkan susu badan. Alhamdulillah bertemu Shaklee dan sangat membantu penyusuan. Shaklee bantu Aini kekal bertenaga juga memandangkan rutin harian yang sibuk. Lepas menjana pendapatan bersama Shaklee, Aini gunakan produk Shaklee semasa hamil, Set Hamil Shaklee dan semasa berpantang, Set Bersalin Shaklee. Alhamdulillah memang superb dan rasa seronok sangat. Selepas itu anak-anak mula menggunakan Set Vitamin Kanak-kanak. Alhamdulillah kesan ketara pada Ammar. Dia tak sembelit lagi, tambah selera makan, kurang demam dan sakit, tak perlu ambil neb di klinik dan Ammar semakin ceria. Suami pun dah mula menggunakan produk Shaklee. Ostematrix produk pertama yang digunakan untuk masalah sakit badan dan migrain. Feedback dari customer pun sangat menggembirakan dan membuatkan kami lebih bersemangat untuk berkongsi produk ini dengan orang ramai.

2) Membantu menjana pendapatan diri sendiri dan orang lain.

Alhamdulillah bermula dengan pendapatan 3 angka bersama Shaklee sekarang sudah meningkat 4 angka bersama Shaklee. Apa yang lebih menggembirakan anak-anak buah saya turut menjana pendapatan 2-4 angka bersama Shaklee. Seronok menambah nilai dalam hidup orang lain.

3) Membantu meringankan beban kewangan keluarga. 

Bersama Shaklee kami dapat meringankan beban kewangan keluarga bersama-sama. Alhamdulillah dapat membeli rumah di Bangi dengan bantuan penyata bonus Shaklee. Setakat ini bayaran bulanan rumah itu masih menggunakan bonus Shaklee. Syukur sangat Shaklee menjadi asbab kami punya jalan untuk perbaiki kewangan kami untuk menambah keselesaan hidup kami. Moga dengan ini kami mampu lebih membantu orang lain yang perlukan pertolongan.

4) Sentiasa berkongsi dengan orang lain.

Apabila bersama Shaklee kami seperti automtik sentiasa ingin berkongsi. Bukan setakat kebaikan produk Shaklee, kelebihan menjana pendapatan dengan Shaklee malah berkongsi apa sahaja ilmu yang kami peroleh bersama-sama tidak kisah upline, downline mahupun sideline.

5) Sentiasa perlu mencari ilmu dan memperbaiki diri.

Kami sentiasa mencari ruang menambah ilmu dan perbaiki diri. Belajar buat dan update blog, belajar buat fan page, belajar tentang instagram, belajar tentang ketuhanan dan kejayaan dan macam-macam lagi. Perbaiki diri bukan untuk berjaya dalam bisness sahaja tetapi berjaya di dunia dan akhirat.

6) Sentiasa diingatkan dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah.

Alhamdulillah, kami sentiasa diingatkan untuk 'back to basic'. Walaubagaimana kuat pun kami berusaha untuk berjaya, tanpa pertolongan Dia kita ini bukan siapa-siapa. Diingatkan untuk Solat Dhuha, Silat Taubat, Solat Tahajjud, berzikir, bersedekah, membaca AL-Quran dan macam-macam lagi.

7) Sentiasa mendidik diri untuk sabar dan bersangka baik. 

Bertemu dengan pelbagai ragam customer dan anak buah memang banyak menguji kesabaran. Tapi itulah yang mendidik hati jadi sabar dan bersangka baik selalu.

8) Terjalin ukhuwah bersama sahabat-sahabat yang sama-sama menjana income bersama Shaklee. 

Ukhuwah yang erat terbina bersama Shaklee. Bersama upline, downline dan sideline juga. Sama-sama saling bantu-membantu dan menyokong antara satu sama lain demi kejayaan bersama.

Alhamdulillah syukur atas jalan yang Allah tunjukkan...

Pengedar Shaklee Bangi & Kota Damansara
Aini Ahmad
No HP : 013-3336573
Instagram : ummimarsya
 
Anda juga boleh mendapatkan produk Shaklee daripada Pengedar Shaklee berhampiran anda.



Post a Comment

 
Top