Semasa cuti Deepavali yang lalu kami telah ke Lumut untuk bercuti. Meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga pastinya saat indah untuk dikenang. Hadiah buat anak-anak juga untuk menggembirakan mereka.
Percutian yang dirancang saat akhir sebenarnya. Malam sebelum bertolak baru kami booking hotel.Tapi Alhamdulillah perjalanan lancar dan anak-anak pun gembira.
Jom layan gambar-gambar..






Sampai-sampai terus amik gambar dulu. Anak-anak dah excited nak terjun..



Seronok anak-anak mandi pool petang tu..





Dah puas berendam, semua kelaparan. Malam kami p makan seafood kat restoran makanan laut. Memang puas hati sangat. Service cepat. Rasa macam baru order makanan dah sampai. Ada tempat makan yang mesra anak-anak kecik. Boleh duduk bersila dan berpagar. Anak-anak lebih selamat dan terkawal, umi dan abi boleh makan dengan lebih tenang ;)


Esoknya selepas sarapan dan bermandi manda kami chekout dan berjalan-jalan sekitar Lumut. Alhamdulillah atas ruang dan peluang yang Allah berikan. Masa berkualiti bersama suami dan anak-anak.


Post a Comment

 
Top