Hari ini nak share resepi laksa Penang kegemaran Aini yang di ambil dari Azie Kitchen.. Terliur tengok laksa Penang di blognya..

Laksa Penang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Laksa
2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
22 keping asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun Kesum
Garam

Bahan hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka
Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka

Cara cara:
Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. Bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.
Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
 
Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.
Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Taburkan bahan bahan dan sayuran yang dihiris. 

Post a Comment

  1. Bestnya tapi orang kata anak umur setahun baru boleh makan. Pantang. (m)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aini bila baby perut dah tak sensitif sangat ku makan je la.hihi..jaga makan sgt2 sbb tak nak baby kembung perut..

      Delete
  2. sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
    nk kene try ni..

    jemput ke blog saye..

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

    Moga bermanfaat :)

    ReplyDelete

 
Top