Set Hamil Shaklee mengandungi ESP, Vitalea, Vita-C Plus, B-Complex, Ostematrix dan Omega Guard. Set Hamil Shaklee mendapat perhatian lebih-lagi bagi mereka-mereka yang inginkan suplemen yang semulajadi bukan sintetik. Banyak maklum balas positif bagi yang telah menggunakan Set Hamil Shaklee ini.

Pengalaman saya dengan Set Hamil Shaklee, saya rasa lebih bertenaga, HB maintain cantik, tiada masalah sembelit, tidur lebih lena dan membantu atasi masalah kaki kejang saya. Masa hamil anak sulong, saya sering mengalami masalah HB rendah, sakit pinggul dari usia kandungan 6 bulan dan kejang kaki semasa tidur. Alhamdulillah lebih seronok dan puas hamil bersama Shaklee.

Jom tengok setiap item dalam set ini..

Set Hamil Shaklee

B-Complex


B Complex
Vitamin B Complex Shaklee turut mengandungi 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic. Ia berfungsi membaiki sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan (anti stress dan mencegah kemurungan @ meroyan). Selain itu ia membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah dan membantu menukarkan makanan menjadi tenaga serta menambahbaik sistem penghadaman ibu hamil. Fungsi otak dapat ditingkatkan dan membantu mendapatkan emosi yang lebih terkawal. Bagi ibu hamil, pengambilan B Complex yang mencukupi semasa awal kehamilan dapat mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron. Membantu tumbesaran dengan menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Vita-C Plus
Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C berfungsi untuk membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dalam kandungan. Vitamin C yang mempunyai sifat anti-oksidan ini berfungsi dalam pembentukan kolagen serta menguatkan tisu-tisu anggota badan. Elemen yang terkandung di dalamnya membantu pemulihan luka ibu selepas bersalin dan meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Ibu bersalin dapat mencantikkan dan mencerahkan kulit dengan pengambilan vitamin C ini secara konsisten.


Vitalea


Vitalea (Multivitamin with iron)
Vitalea terkandung di dalamnya 12 vitamin dan 7 mineral yang sangat diperlukan untuk ibu yang sedang hamil. Kompenan zat besi yang terkandung dalam Vita-lea dapat membantu ibu hamil kerana biasaan ibu hamil dan menyusukan bayi mengalami kekurangan zat besi. Jika kekurangan zat ini ibu hamil akan lebih mudah pitam, lemah serta lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi dalam melakukan apa-apa kerja. Bagi kehamilan terutama trimester akhir, fetus bayi akan menyerap zat besi dari ibu dan pengambilan zat besi yang mencukupi dapat mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Vitalea juga membantu mengembalikan tenaga untuk kembali segar dan bertenaga walaupun ketika hamil. 


Ostematrix

Ostematrix (kalsium, magnesium, vitamin D)
Keperluan ibu hamil adalah 1000-1300mg kalsium sehari. Ini disebabkan bayi akan mula menyerap kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix juga mengandungi Vitamin D yang meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus utk pertumbuhan tulang rangka. Komposisi vitamin yang tinggi dalam susu ibu adalah kalsium, merangkumi 40%. Ostematrix membantu menampung kembali kalsium dalam tubuh ibu yng telah diserap oleh bayi ketika menyusu.


Omega Guard

Omega Guard (EPA dan DHA)
Kenapa Omega Guard penting? Berbanding produk-produk Omega lain di pasaran omega guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian omega guard mengandungi 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA. Unsur ini sangat penting untuk menggalakkan perkembangan otak janin, sistem saraf dan fungsi retina mata bayi. Selain membantu perkembangan memori-DHA adalah nutrien utama untuk otak, Omega Guard dengan DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala kepada ibu hamil. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.


ESP

ESP
ESP membantu meningkat kualiti susu dengan nutrien protein dan kalsium. Kompenan ini merupakan kandungan terpenting di dalam susu ibu. Selain membekalkan tenaga, ibu akan merasa mudah kenyang walaupun makan sedikit. Ini akan membantu menguruskan berat badan. Bayi yang menyusu akan cepat kenyang dan kurang meragam apabila mendapat kualiti susu yang cukup insyaAllah.

Pengedar Shaklee Bangi &Kota Damansara
Aini Ahmad
No HP : 013-3336573
Instagram : ummimarsya

Post a Comment

 
Top