Set Vitamin Kanak-kanak memang sangat serasi dengan anak-anak saya. Setelah menjadi pengguna Set Menyusu Shaklee, saya mula mencuba Shaklee untuk kesihatan anak-anak saya. 

Bagaimana saya boleh mula mencuba produk Shaklee untuk anak-anak saya? Apabila melihat keadaan anak sulong saya Ammar yang sering demam dan sakit serta sering sembelit. Ammar juga bermasalah selera makan lepas stop bf dia masa dia umur setahun kerana saya pregnant yang kedua. Lebih-lebih lagi Ammar memang ada asma dan kulit bermasalah ekzema. Seawal umur 6 bulan Ammar dah pernah kena neb. Sejak 6 bulan tu memang kami kerap ke klinik untuk neb dan rawatan Ammar yang lain. 

Saya mula mencuba Mealshakes Shaklee untuk Ammar. Perkembangan yang paling cepat saya tengok bila Ammar ambil Mealshakes, dia dah tak sembelit lagi. Syukur sangat. Nak tau, kami memang spare ubat sembelit untuk Ammar di rumah. Ammar pun dah tau kalau dia susah membuang abi akan masukkan ubat sembelit tu. Selepas setahun lebih mengambil Mealshakes, Omega Guard dan Chew Vit C, Alhamdulillah Ammar dah tak sembelit, jarang sakit dan demam, selera makan bertambah baik dan masalah asma berkurang.

Ammar dan adik-adiknya
Aisyah, anak saya yang kedua Alhamdulillah kurang masalah kesihatan. Dia memang jarang demam dan sakit. Cuma masa kecik, kalau dia demam memang teruk dan mencemaskan. Aisyah juga saya berikan Mealshakes, Omega dan Chew Vit C untuk kekalkan kesihatannya. Syukur, lama jugak rasanya dia tak demam teruk.

Hantar Pak Su di UPM
Athiyyah, anak ketiga saya baru berusia setahun. Beberapa hari sebelum masuk umur setahun, Athiyyah batuk teruk sampai nafas berbunyi dan sukar tidur malam. Hati saya berbisik mungkin perlu bawa ke klinik untuk neb dan rawatan. Tapi bila tengok keadaan dia agak stabil esok paginya, saya cuba bagi Omega untuk Athiyyah. Alhamdulillah batuk berkurang dan hilang selepas beberapa hari saya konsisten bagi dia Omega. Lega apabila saya ada alternatif suplemen semulajadi untuk anak-anak. Memandangkan Athiyyah memang dah pernah warderd semasa 6 bulan di Hospital Tropicana, saya perlu konsisten bagi suplemen untuk kesihatannya.

Keluarga Kami

Alhamdulillah dengan kesan yang kami telah rasai ini, saya ingin berkongsi dengan anda kebaikan produk Shaklee. Sekiranya anda ingin mencuba produk ini dengan khidmat nasihat percuma, anda boleh hubungi saya. Saya juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin kami bimbing untuk menjana pendapatan bersama Shaklee bolehlah berhubung terus dengan kami.

Pengedar Shaklee Bangi & Kota Damansara

Aini Ahmad & Helmy Rizal
No HP : 013-3336573 & 019-3898170
Instagram : ummimarsya


Post a Comment

 
Top