Obses? Apa yang saya obses? Bila difikir-fikirkan masa kecik saya obses membaca. Masa sekolah rendah hampir setiap minggu saya akan ke perpustakaan awam untuk meminjam buku. Bahan bacaan yang saya baca novel dan cerpen. Bahan bacaan ringan sahaja tapi kalau dah tiada buku sangat untuk dibaca saya mampu ulang baca buku yang sama berkali-kali tanpa jemu. Buku yang tebal pun saya mampu habiskan dalam masa yang singkat. Asal ada masa lapang, saya akan membaca walau di mana sahaja.


Semakin meningkat usia, bahan bacaan saya berubah mengikut usia. Saya pun kerap menghabiskan masa di kedai-kedai buku. Selalu ambil kesempatan ke pesta buku.


Novel Suara Hati ni saya dapat hadiah daripada sebuah majalah sebab saya hantar puisi ke majalah tu. Lupa dah nama majalah tu. Masa sekolah menengah memang saya banyak layan novel-novel.


Koleksi novel H.M. Tuah Iskandar yang saya ada. Walaupun saya suka membaca, masa sekolah saya tak de koleksi novel sangat pun. Cuma novel penulis yang saya betul-betul suka baru ada. Maklumlah masa tu mana ada duit nak beli novel ni.


Saya minat juga dengan penulis Ramlee Awang Murshid ni. Sekarang dah ramai penulis-penulis novel tumbuh bak cendawan.



Bila masuk universiti, bahan bacaan saya lebih kepada buku-buku motivasi dan keagamaan. Buku berkaitan perkahwinan tu saya beli masa dah nak kahwin.hihi..


Bila saya dah jadi ibu, bahan bacaan saya adalah buku-buku berkaitan dengan keibuan dan penyusuan. Saya juga jadi sangat obses dengan dunia penyusuan.

Pam Medela Freestyle yang saya gunakan dari menyusukan anak sulong lagi. Walaupun mahal sangat berbaloi kerana saya masih gunakan sehingga kini menyusukan anak ketiga.

Ini bahan bacaan saya setelah masuk ke dunia Shaklee. Pada saya apa yang saya obses banyak membawa manfaat yang baik pada saya. Betapa ilmu itu terlalu banyak untuk saya cari dan amalkan. Apabila bahan bacaan saya berubah mengikut usia, saya tau sentiasa ada perkara baharu yang perlu saya belajar setiap hari. Apabila saya dekat dengan buku, bermakna saya dekat dengan ilmu. Apabila saya dekat dengan ilmu saya yakin saya dekat dan hampir dengan kejayaan.

Post a Comment

 
Top