Kadangkala kita rasa kita sering gagal. Tidak kiralah sama ada sebagai seorang ayah, ibu, anak, ahli perniagaan, jurutera, guru, pengawal keselamatan, doktor atau waima apa-apa gelaran dan profesion pun. Apa erti gagal?? Mudah kata, tidak dapat apa yang kita inginkan. Perasaan gagal ni sebenarnya normal. Semua orang ada merasai hatta baginda nabi semulia-mulia manusia pun pernah rasa tertekan dan gagal menjawab persoalan golongan kafir mengenai 3 persoalan seperti yg dijanjikan keesokkannya.
  • Pertama, tentang pemuda-pemuda pada zaman dahulu yang meninggalkan kota dalam tempoh yang lama dan perkara yang terjadi sesudahnya (pemuda ashabul-kahfi).
  • Kedua, tanya kepadanya tentang seorang pengembara yang sampai ke Masyriq dan Maghrib serta peristiwa yang berlaku (Kisah Dzulkarnain)
  • Ketiga, tanya kepadanya tentang roh.
Hakikatnya Allah mahu menegur Baginda Nabi agar jangan terlalu yakin berjanjikan sesuatu tanpa mengucapkan InsyaAllah (bermaksud – Dengan Izin Allah). Baik.. Banyak sebab kalau kita mahu merasakan diri kita gagal, TETAPI kita seharusnya bangkit dan cuba menerobos ke dalam diri dan kehidupan kita dengan cara melihat dari sudut perspektif yang berbeza. Mengapa tidak? Kadangkala kita abaikan perkara-perkara kecil, walaupun sebenarnya ianya mampu memberikan impak besar pada diri. Hanya kerana kamu tidak bergelar jutawan,tidak hidup dalam istana indah, tidak memandu kereta sport Ferrari, itu tidak mencerminkan kamu gagal. Malahan barangkali pantulan cerminannya 360 darjah berbeza.

Di bawah ini ada 21 tanda kamu sebenarnya sedang menempa kejayaan dalam hidup.

1. Perhubungan kamu semakin kurang dramatik berbanding sebelumnya

Banyak drama melambangkan ketidak matangan seseorang. Semakin kita berumur, kita seharusnya semakin matang. Mungkin terlalu banyak drama dalam perhubungan sama ada dengan pasangan, rakan atau orang sekeliling. Tetapi andai kamu dapat mengurangkan drama-drama ini, anda sebenarnya berjaya.

2. Kamu tidak lagi  takut untuk meminta bantuan dan sokongan

Meminta bantuan bukanlah melambangkan kelemahan. Malahan ia lambang kekuatan!Tiada manusia yang boleh berjaya dengan hidup menyendiri. Untuk mencapai matlamat, kita perlukan pasukan. Meminta bantuan sebenarnya menunjukkan kamu telah dewasa dan matang.

3. Kamu berjaya menaikkan martabat sendiri

Kamu tidak bertolak ansur dengan perlakuan buruk orang lain termasuk diri kamu sendiri. Kamu rasa bertanggungjawab dengan perlakuan orang sekeliling. Kamu tidak bazirkan masa dengan orang yang beremosi dan berperangai keanak-anakan.

4. Kamu mampu melepaskan sesuatu yang membuat kamu tidak selesa

Ini bukan bermaksud pentingkan diri. Walaupun kedengaran seperti itu. Sayang pada diri sendiri adalah anugerah besar. Kamu berani menyatakan tidak kepada perkara yang membuat kamu sedih, melanggar prinsip diri, dan boleh menjatuhkan keyakinan kamu.

5. Kamu mempunyai ruang untuk menghargai seseorang yang kamu lihat sendiri di cermin

Pada setiap masa, seboleh-bolehnya kamu seharusnya menghargai seseorang yang kamu lihat di cermin. Andaikata itu tidak berlaku setiap masa, sekurang-kurangnya kamu lebih kerap menghargai berbanding sebelumnya. Inipun dianggap berjaya. Sayangi diri kamu. Kamu insan hebat!

6. Kamu belajar halangan dan kegagalan adalah sebahagian proses kematangan diri

Tiada seorang pun berjaya 100% sepanjang hidup. Tidak logik. Kejayaan dan kegagalan adalah rencah kehidupan. Manfaatkan halangan sebagai batu loncatan ke arah lebih cemerlang.  Realiti, sememangnya tiada halangan. Ianya sekadar sebahagian perjalanan hidup yang hebat dan mencabar.

7. Kamu mempunyai sistem organisasi mahupun individu yang sanggup berbuat apa sahaja demi kamu.

Jika kamu berjaya temui orang yang sentiasa menyokong kamu dan membezakan mereka yang seolah-olah menyokong kamu, kamu dianggap berjaya. Realiti ini sememangnya mengguris hati, tetapi setelah kamu mahir dengan tanda-tanda curang dan tidak jujur, kamu akan berupaya menjauhi golongan ini.

8. Kamu tidak banyak komplen

Kerana kamu tahu sebenarnya tidak perlu komplen apa-apapun dalam hidup. Hanya jika kamu telah melalui pengalaman yang sangat dahsyat. Tapi kebanyakkan pengalaman yang kita lalui adalah rutin harian. Orang yang berjaya memahami realiti ini dan mereka sering bersyukur.

9. Kamu boleh meraikan kejayaan orang lain

Kejayaan orang lain tidak bermaksud kamu gagal. Raikan sesiapa sahaja yang berjaya. Semakin banyak tenaga positif yang kamu berikan pada kejayaan orang lain, tenaga positif kamu akan semakin terbina.

10. Kamu mempunyai  ghairah terhadap cita-citamu

Kamu tidak pasif dan lemah. Kamu tahu diri kamu mempunyai potensi untuk menyumbang kepada dunia. Kamu mempunyai kelebihan dan bakat yang unik. Kamu menyedari perihal ini dan kamu bersungguh menggapainya.

11. Kamu mempunyi misi yang hendak dicapai

Jika kamu tidak mempunyai sesuatu yang mengujakan untuk kamu kejar, maka jiwa kamu akan perlahan-lahan mati. Orang berjaya mencipta matlamat dan mereka berkobar-kobar mengejarnya. Kehidupan mereka terpandu dengan semangat berkobar.

12. Kamu mempunyai impian yang telah digapai

Meskipun kegagalan adalah sebahagian kehidupan, kamu terhalang mencapai semua impian dan cita-cita menjadi realiti. Paling tidak kamu telah merasa sedikit sebanyak kemanisan kejayaan. Ia menguatkan jiwamu.



13. Kamu mempunyai sifat empati terhadap orang lain

Seseorang dianggap mati jiwa jika tidak mempunyai empati. Sifat empati umpama menyebarkan kasih sayang dan tenaga positif kepada dunia. Orang berjaya tahu perkara ini.

14. Kamu mempunyai perasaan cinta yang mendalam dan bersedia untuk dicintai

Cinta adalah berisiko dan kadangkala menakutkan. Orang berusaha mencari cinta, tapi ia mempunyai risiko yang ditakuti iaitu penolakan. Jika kamu benar-benar membuka hati kamu untuk menyintai dan dicintai, maka kamu telah berjaya.

15. Kamu tidak mahu menjadi mangsa

Kamu tahu kamu tidak selalunya dapat mencorak kehidupan. Ada kala kamu hanya pembantu untuk mencipta pengalaman kamu sendiri. Orang yang berjaya menyedari perkara ini dan mereka tidak mahu dipergunakan dan kecewa dengan kisah hidup lampau. Mereka bangkit dan mendominan situasi.

16. Kamu tidak peduli apa orang lain kata

Kamu tahu kamu tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Masyarakat ada kalanya meletakkan kayu aras yang tidak realistik. Jadi, kamu hanya perlu menjadi dan menyayangi diri kamu.

17. Kamu selalu melihat sisi yang baik

Kehidupan boleh jadi penuh dengan kekecewaan – sekiranya kamu memilih untuk melihat sisi tidak baik. Kehidupan juga peluang mempelajari sesuatu. Tidak ada pengalaman negatif yang sia-sia selagi mana kamu mengambil iktibar

18. Kamu merima perkara yang kamu tidak mampu ubah

Mari akui, banyak perkara yang kamu tidak dapat ubah. Apa yang boleh kamu ubah adalah cara kamu melihat sesuatu perkara. Dari perspektif negatif kepada perspektif positif. Jika kamu berjaya melakukan sebegini, maka kamu orang yang berjaya.

19. Kamu mengubah apa yang kamu terdaya

Mari akui sekali lagi – banyak perkara juga yang mampu kita ubah dalam kehidupan. Orang berjaya tidak hanya menerima perkara negatif yang sebenarnya boleh diubah. Mereka keluar dari lingkaran aura negatif dan melakukan sesuatu untuk membentuk aura positif.

20. Kamu dirahmati dengan petunjuk

Kamu pernah berasa tiba-tiba dipandu untuk selesaikan permasalahan yang pada awalnya kamu buntu. Panduan itu tentu saja dari yang Maha kuasa. Tawakkal yang tinggi mendorong kamu menghadapi masalah dengan tenang dan sabar. Kamu boleh dianggap berjaya apabila mendapat perhatian dari-Nya.

21. Kamu gembira

Ini adalah definasi kejayaan yang unggul. Tidak kiralah berapa baki duit di dalam bank yang kamu ada, berapa buah rumah besar yang kamu miliki, ke mana negara yang kamu dapat melancong, jika kamu berasa gembira kamu sudah dikira berjaya dalam hidup. Qanaah (merasa sentiasa cukup) adalah kata kuncinya ;)


Post a Comment

 
Top